Kunjung Hormat ke Pejabat YB Menteri Wilayah
Di waktu petang tadi, saya mendapat kesempatan membuat kunjung hormat ke pejabat YB Dato' Seri Dr Shahidan Kassim, Menteri Wilayah Persekutuan.
Kami sempat berbincang pelbagai isu. Memang hubungan MAIWP dengan DBKL dan Kementerian Wilayah amat intim. Kami telah bekerjasama dalam pelbagai perkara yang mempunyai kepentingan bersama. Dalam banyak hal, kami mempunyai stakeholders yang sama. Golongan asnaf.
Di akhir pertemuan, saya menghadiahkan kepada YB Menteri 3 naskhah buku saya: Kembara Ilmu, Dhuha dan Insyirah.
Semoga pertemuan kali pertama ini menyulam semangat kerjasama yang lebih intim antara badan dan agensi yang bertanggungjawa bagi mengangkat kedudukan masyarakat di Kuala Lumpur, Putera Jaya dan Labuan yang sentiasa memerlukan keperihatinan dan sikap ambil peduli.
Terima kasih YB Menteri Wilayah Persekutuan menerima kunjungan kami dari MAIWP.
MDB
Pengerusi MAIWP